Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

kursus kahwin

asslamulaikum
mahu bagitau kamu
and nak minta kamu tolong
ingatkan aku 16 & 17 januari 2010
aku dengan fiance kena hadiri kursus kahwin
seawal 7.30 a.m sehingga jam 5.oo petang
wuh matila bah dari pagi sampai petang
tolong ingatkan aku , seandainya aku
..lupa hehehe..
TQ

nikah punya hal

banyak kan borang d atas hehe
dulu aku pikir nak kawen ni senang,
rupanya banyak perkara yang nak d ambil kita adoi nak
pegi sana sini mengurus memang paya.
tapi apakan daya dah memang macam tu prosedor terkini.
kena ikut step by step
even u suka atau tak kena buat juga,
nak minta itu minta ini pengesahan suma adoi
penat u...ingat senang nak kawen ambi kau!
nasibla dah ada kawan
tempat rujuk yang kawen dulu kalau tak terumbang ambing kami
d buatnya mengurus.
alhamdulilah suma da selesai
ujian SARINGAN HIV dah lepas
keputusan suma ok
dokumen da ok . pastu kena ikuti kursus kawen &
sekarang tunggu tarikh seswai jak lagi
harap2 suma berjalan lancar amin.

bye-bye 2009 hai-hai 2010

LIST YANG HARUS D BUANG
1.suka memaki
2.kuar tanpa kebenaran
3.terlalu layan FS
4.gaduh dengan perempuan bodoh & the most damn gete
5.ndak serius bekerja
6.selalu datang lewat kerja
7.suka berdendam until now
8.gila fS
9.degil
10.panas baran
11.x pandai hargai orang lain
12.BUDUH!
13.suka buat haL
PROMISE!!!!!!!!
i will never turn back and never look to my black 2009 and i will always spit d people who ever distrub my relationship with my fience also promise i will always be here for my love fiance.
WELCOME 2010 I WISH MY
DREAM GANNA BE TRUE
...AMIN...

status membunuh diri

bunuh diri tu lah yang sering dilakukan oleh remaja masa kini terutama ketika menimpa masalah..termasuk aku..YA ALLAH ampunkan aku.jauh di lubuk hatiku taksub atas kehendakmu..tapi aku adalah seorang hamba mu yang lemah.lemah mengalawl diriku.kini kusedari syukur aku terbaca 1 hadith ini yang membuat diriku sedar..aku bagun!!bagun dari mimpi buruku..bunuh diri bukanlah yang terbaik..aku sedar siapa akan peduli aku sekiranya aku mati..ALLAHUALAM..siapa yang akan kesah..kita berduka and mereka bergembira atas apa yang berlaku..ini bermakna kita tewas.kalau dah mati sepa yang kesah mengkin kita di tagisi..disesali tapi apa kita kan kembali semula?oh tidak..sedarlah!malah bunuh diri kan menggu penyeksaan di akirat kelak..itu lah aku lemah dalam pengetauan agama..

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.”

Riwayat Abu Hurairah


ii) Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.

iii) Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.

iv) Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)

by my hand

berapa lama aku x meng update blog nie..bukan apa..im just thinking and thinking bout something..lalalala...aku pon x tau apa..apa ya?!!ummmmm..soal hati?agama?iman?kesabaran?..huh!!TUHAN sjalah yang mengetahui segala-galanya dan aku tidak mengetahui apa2..hati?pernah tak rasa sakit hati yang betul-betul mendalam sehinggakan menaggis bagai tak nak berhenti..sehingga tangissan tu membuat kita rasa teramat pedih..tue lah nasib seorang hawa...selalu di sakiti dan selalu menggeluarkan air mata jernih yang tidak sepatutnya di curah untuk hal remeh temeh..YA TUHAN..sejaumanakah IMAN kue padamue...sejauh manakah KESABARANKUE untukmue..AMPUNKAN LAH ambamue yg lemah INI..bukan niat kue tuk x bertakwah padamue tapi aku cuma insan yang x punya apa-apa..aku lemah..lemah menagawl kehendaku..lemah dalam mengawal dirikue aku lemah..aku adalah seorang insan yang cuma tahu apa adanya..aku x pernah berusaha untuk menjejak lebih jauh ilmue yang kau curahkan di bumi yang penuh dengan liku-liku yang aku sendiri xtau kemana arah tujukue....YA TUHAN kau yang ciptakan aku KAU yang menurunkan aku kebumi ini..aku tahu KAU turunkan aku untuk beriman padamue tap aku lemah YA ALLAH...inikah diri kue yang sebenarnya..YA ALLAH kenapa harus aku alami semua ini..YA ALLAH aku hambamue kau atur segala langkah kau turunkan ilmu mue tapi aku?aku tidak mengejar apa yang kau berikan aku tidak mencari..YA ALLAH seandainya kau citakan dia UNTUKUE aku mohon kau permudahkan lah jalan pernikahan kami..KAU PERMUDAHKAN LAH URUSAN UNTUK MENGHALALKAN KAMI..aku mohON YA ALLAH JAUHAKAN LA segala yang buruk dalam hubungan kami..andaikata kau turunkan yang buruk untuk kebaikan kami aku bersyukur YA ALLAH..kalaulah KAU datangkan ujian untuk menguji kesabaran kue aku redha YA ALLAH aku mohon berilah aku kesempatan tuk menyayangi orang yang kau turunkan untuk menjadi TUANGKUE INI.jauahnkan manusia-manusia yanG INGIN MENGHANCURKAN ubungan kami YA ALLAH..AKU TAU SEMUA INI UJIAN YANG HARUS KAMI TEMPUH aku redha YA ALLAH..KAU hukum lah dirikue sehingga terbalas segala apa yang aku lalukan...janganla KAU sesekali jauahan hatinya padakue YA ALLAH..AKU perlukan kau aku perlukan dia aku perlu keluarga dan semua ahli keluarganya YA ALLAH JAuhkan lah kami dari di nerakamue YA ALLAH KAU LAH YANG MAHA pengampun lagi maha mengasihi amin..yarobillalamin..
p/s wabenz 4 eva

happy mothers day MOM

emm mothersday hehehe..slm kami sambut bha juga mothers day walaupon kicik2 jak hehehe..sekadar menghargai mama kami..yang susah payah..happy mothers day mom!! love u hehehehe.. tadi subuh sempat aku tengok berita ibu-ibu yang ada di pusat jagaan orang tua..aku tak kesah low yang ada dalam tue xdah anak-anak tapie nie ada juga yang kat dalam tua masih ada anak-anak kaya raya yang xtak berhati perut sanggup masukkaan mak dorang dalam tue..duit belambak tapi mak di masukan di situe..apa tue sempena ari ibu mari kita hayati yang di bawah ni bukan hasil karya aku tapi aku suka untuk tatapan bersama...
Selamat menghayati setiap aksara yang seterusnya ini..
Yang mengandungkan aku… makYang melahirkan aku… mak
Yang menyusukan aku… makSekolah pertama aku… mak
Rezeki pertama Allah berikan kepadaku di alam rahim…. darah mak
Khasiat pertama membentuk dan menguat tulang temulangku…. kalsium mak
Makanan pertama yang masuk ke mulutku setelah dilahirkan… susu mak
Sentuhan pertama yang membelaiku…. tangan mak
Keindahan dunia yang pertama aku kenal… senyuman mak
SeterusnyaBila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang…. mak
Bila nak bermanja, aku dekati….. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanyalah….. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan…. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. mak
Bila bengang, aku suka luah pada…. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku…. mak
Yang selalu puji aku….. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…. mak
Aku ada pasangan hidup sendiri……
Bila seronok, aku cari…. pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada…. pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak
Bila bahagia, aku peluk erat…. pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. mak
Bila nak bercuti, aku bawa…. pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak
Bila sambut valentine…. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasangankuSelalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada……….
MAKKKKK… RINDU MAK, RINDU SESANGAT…. Ketika mak masih ada….Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….?berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..?berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….?berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..? .berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…?berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….?
dan akhir sekali bila mak dijemput pergiberapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…..? Peristiwa: Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Belas Sahaja)
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasih sayangku padamu – PERCUMA
Air mata si anak berlinang dan tidak dapat dibendung lagi setelah selesai membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya tadi.
Habis dah. Cukuplah. Sekadar perkongsian sahaja sebenarnya. Maaflah kalau ada yang tersinggung rasa. Ambillah tindakan segera mana dan apa yang patut. Hargailah ibu masa ada, dan doakan ibu yang telah tiada. Semoga ibu masuk syurga.. Amin..
hari nie hari ibu..
sapa-sapa yang xdah raikan ibu-ibu anda
bayangan jika ibu sudah tiada..
renung-renungkan dan selamat beramah