status membunuh diri

bunuh diri tu lah yang sering dilakukan oleh remaja masa kini terutama ketika menimpa masalah..termasuk aku..YA ALLAH ampunkan aku.jauh di lubuk hatiku taksub atas kehendakmu..tapi aku adalah seorang hamba mu yang lemah.lemah mengalawl diriku.kini kusedari syukur aku terbaca 1 hadith ini yang membuat diriku sedar..aku bagun!!bagun dari mimpi buruku..bunuh diri bukanlah yang terbaik..aku sedar siapa akan peduli aku sekiranya aku mati..ALLAHUALAM..siapa yang akan kesah..kita berduka and mereka bergembira atas apa yang berlaku..ini bermakna kita tewas.kalau dah mati sepa yang kesah mengkin kita di tagisi..disesali tapi apa kita kan kembali semula?oh tidak..sedarlah!malah bunuh diri kan menggu penyeksaan di akirat kelak..itu lah aku lemah dalam pengetauan agama..

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.”

Riwayat Abu Hurairah


ii) Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.

iii) Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.

iv) Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)

0 comments: