happy mothers day MOM

emm mothersday hehehe..slm kami sambut bha juga mothers day walaupon kicik2 jak hehehe..sekadar menghargai mama kami..yang susah payah..happy mothers day mom!! love u hehehehe.. tadi subuh sempat aku tengok berita ibu-ibu yang ada di pusat jagaan orang tua..aku tak kesah low yang ada dalam tue xdah anak-anak tapie nie ada juga yang kat dalam tua masih ada anak-anak kaya raya yang xtak berhati perut sanggup masukkaan mak dorang dalam tue..duit belambak tapi mak di masukan di situe..apa tue sempena ari ibu mari kita hayati yang di bawah ni bukan hasil karya aku tapi aku suka untuk tatapan bersama...
Selamat menghayati setiap aksara yang seterusnya ini..
Yang mengandungkan aku… makYang melahirkan aku… mak
Yang menyusukan aku… makSekolah pertama aku… mak
Rezeki pertama Allah berikan kepadaku di alam rahim…. darah mak
Khasiat pertama membentuk dan menguat tulang temulangku…. kalsium mak
Makanan pertama yang masuk ke mulutku setelah dilahirkan… susu mak
Sentuhan pertama yang membelaiku…. tangan mak
Keindahan dunia yang pertama aku kenal… senyuman mak
SeterusnyaBila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang…. mak
Bila nak bermanja, aku dekati….. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanyalah….. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan…. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. mak
Bila bengang, aku suka luah pada…. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku…. mak
Yang selalu puji aku….. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…. mak
Aku ada pasangan hidup sendiri……
Bila seronok, aku cari…. pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada…. pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak
Bila bahagia, aku peluk erat…. pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. mak
Bila nak bercuti, aku bawa…. pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak
Bila sambut valentine…. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasangankuSelalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada……….
MAKKKKK… RINDU MAK, RINDU SESANGAT…. Ketika mak masih ada….Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….?berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..?berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….?berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..? .berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…?berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….?
dan akhir sekali bila mak dijemput pergiberapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…..? Peristiwa: Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Belas Sahaja)
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasih sayangku padamu – PERCUMA
Air mata si anak berlinang dan tidak dapat dibendung lagi setelah selesai membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya tadi.
Habis dah. Cukuplah. Sekadar perkongsian sahaja sebenarnya. Maaflah kalau ada yang tersinggung rasa. Ambillah tindakan segera mana dan apa yang patut. Hargailah ibu masa ada, dan doakan ibu yang telah tiada. Semoga ibu masuk syurga.. Amin..
hari nie hari ibu..
sapa-sapa yang xdah raikan ibu-ibu anda
bayangan jika ibu sudah tiada..
renung-renungkan dan selamat beramah

2 comments:

K. Emmanoelle said...

wahhh tersentuh.. chewah.. betul betul betul... bila sudah tiada baru mo menyesal kannn. so kalo boleh elak2kan laaa.

kami pun ada celebrate juga.. hehe nnt la k sy kc upload..

wabenz wawa said...

tila bha..
ya?ehehehe bah cpt2 upload